1.Jenis Tanah Dan Iklim.
-KEDALAMAN PERMUKAAN TANAH.
ini adalah faktor yang paling penting dalam menentukan kesuburan tanah. Semakin dalam bunga tanah (topsoil) semakin besar pokok itu tumbuh.
- Lapisan bawah tanah juga penting. Apabila lapisan bawah tanah itu keras maka pokok akan tumbuh dengan jayanya untuk tempoh beberapa tahun.
-Kawasan pengakaran mestilah tidak kurang daripada 1.0-1.5 metre dalam berasama sistem pengairan yang bagus .
-Optimum pH untuk tanah adalah 5.5-6.5
2.Lokasi.
-Kawasan penanaman mestilah mendatar dan tidak berlereng ataupun bercerun. Jika penanaman dilakukan di kawasan yang bercerun dan berlereng maka ia akan memberi masalah kepada pertumbuhan pokok dan masalah ketika operasi.
-Cerun jadian sangatlah tidak praktikal kerana ia akan menyebabkan masalah hakisan tanah.
-Operasi seperti pemangkasan dahan, pembersihan rumput dan penuaian sangat sukar untuk dilakukan jika pokok di tanam di kawasan bercerun.
Kawasan penanaman mestilah tidak terlalu terdedah kepada angin kuat kerana ia akan merosakkan pokok.
3.Bekalan air.
-Bekalah air mestilah sentiasa konsisten kerana sesetengah pokok seperti tembikai dan betik memerlukan air yang banyak.
-Kadang kala sistem pengairan mestilah dirancang dengan sempurna bagi memastikan pokok-pokok tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi.
4.Nutrien dan Baja.
- Tanah yang terdapat di iklim tropikal kebiasaanya mengalami masalah kekurangan Nitrogen, Phosphorus, Pottasium, Magnesium dan Kalsium.
- Ketika fasa pembentukan buah pokok memerlukan banyak nutrient .
-Baja organic hendaklah diberi kepada pokok bagi meningkatkan keadaan fizikal tanah.
-Jumlah pemberian baja bergantung kepada umur pokok, quality buah dan jenis tanah.
5. Sistem Penanaman
- RECTANGULAR OR SQUARE-
- Sistem penanaman yang seringkali digunakan .
- Sistem yang senang untuk dilaksanakan
- Keistimewaannya pokok sampingan yang jangka masa hayatnya pendek bolehlah ditanam antara pokok-pokok lain.
- Pokok ditanam di setiap penjuru segitiga.
- Sistem ini digunakan sepenuhnya pada keadaan tanah yang subur dan nilainya sangat mahal.
- Kebiasaannya pengusaha ladang jarang sekali memilih sistem ini kerana ianya sukar untuk dilaksanakan.
- Jumlah pokok yang ditanam meingkat kerana sistem ini berbentuk petak dan ditengah-tengahnya masih boleh ditanam dengan pokok.
- Pokok ditengah-tengahnya mestilah ditanam untuk tempoh masa yang singkat sahaja.
- Kebiasaanya ditanam di kawasan yang bergelombang
- Sistem ini dapat mengurangkan hakisan tanah.
- Ianya sering di gunakan di kawasan tanah tinggi.
No comments:
Post a Comment