Friday, August 28, 2015

Selamat Datang ke Fakulti Pertanian Lestari

Selamat datang ke Fakulti Pertanian Lestari (FPL) untuk para junior
(kalau 10 tahun akan datang pun still selamat datang ye juniors !!)

Fakulti Pertanian Lestari, UMS, Sandakan.
Sandakan okay bukan Kota Kinabalu.
Betul tak bohong FPL ni kat Sandakan, kampus cawangan UMS

Jadi kepada juniors yang rasa seronoknya dapat masuk FPL kt KK, sila padamkan niat anda itu
FPL kat Sandakan. Sandakan tu salah satu daerah kat Sabah.

Jika anda seorang yang perlukan Starbuck, GSC atau Kinokuniya sila betulkan niat anda datang ke FPL, Sandakan.Tu semua tak ada kat Sandakan.
Sandakan adalah satu bandar yang sedang membangun, bagi aku tak la kampung sangat sebabnya Sandakan ada Harbour Mall, ade Secret Recipe ada je KFC, Giant pun ada eh
So jangan  anggap Sandakan ni kampung ceruk sangat

Bagi aku Sandakan best sebab bandar dia bersih, kau boleh duduk lepak tepi laut tengok kapal dan bot sambil ditiup angin pantai (kemain tau aku promote Sandakan)

Pasar kat Sandakan bersih tak macam pasar pasar kat KL yang berair, sampah bersepah.
(Mak aku jatuh hati lah kat kebersihan pasar Sandakan, sampai menunggu tiket murah sebab nak datang Sandakan).
Lagi satu makanan kat Sandakan aku rasa murah sebabnya haritu aku beli pisang goreng seringgi dapat 10 ketoi besar besar pulak tu ( KL hadooo?) tu belum cerita ikan bilis, udang kering dan kawanan seafood yang lain

Aku pun dah nak habis belajar dah kat Sandakan
Aku boleh je survive kat sini walau tak de Uniqlo, PDI, Starbuck dan Dip n Dip
Sampai bila pun kau nak kejar dunia ye tak ?
Betul kan niat anak anak semua datang Sabah nak belajar
Syukur la dapat masuk universiti, ada orang lain nak sangat tapi tak ada rezeki.
Belajar pertanian ni banyak  fieldtrip
Fieldtrip ni kau pegi jalan jalan atau nama lain dia lawatan sambil belajar (kiranya holiday free la kat kawasan kawasan SABAH)
Kau dah pegi fieldtrip balik jangan lupa buat report ye nak oii?


Once again Selamat Datang Ke Kampus Pertanian Lestari, UMS, Sandakan
or in english Faculty of Sustainable Agriculture. (i can speak English , wow !!!!)
Ni lah rupa  kawan kawan sepanjang korang belajar kat sini nanti.

Donald Duck dan kawan kawan

Si anak ayam, kau tunggu dia besar

cing!!!! dah besar
Time ni kau tengok peha dia mesti kau rasa sedapnya peha ayam goreng

Si senyum kambing
Dia ni bukan pemalas tapi dia bunting, achik ponek nak bediri achik posing duduk jolah

Bugs Bunny 

Selain tu ada jugak binatang lain yang pemalu dan sangat tak mesra alam
Asal kau nak tangkap dia lari

Burung Keruak
Ni baby dia, boleh la nak bermesra, cuba kau say hello kat mak dia
Before kau habis say hello the Keruak's already go
Bye bye !

Sorry yang ni aku tak tau apa, kerabat belalang kali ni

Nilah Gary kawan si SpongeBob
Yang ni kau boleh jumpa bila ada project tanam sayur nanti
Berlubang lubang sayur kau dia makan


Tulah bandar Sandakan yang aku dapat snap masa holiday dulu 2014
Kita tengok 10 tahun akan datang macam mana pulak ye

Before i end my story
Kampus FPL

Tu tasik kt kampus, dulu boleh main kayak sekarang tak tau la boleh lagi ke tak.

Thanks for reading. Bye, belajar rajin rajin
Next entry aku share gambar pergi bercuti percuma ye, maksud aku fieldtrip guys dont get me wrong







Monday, August 24, 2015

Belajar untuk ilmu

Belajar untuk ilmu sebab ilmu takkan pernah habis.

Lepas Diploma aku sambung bidang pertanian dekat Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan

Kalau dulu rasa macam pertanian adalah satu course yang paling tak glamour, pertanian kot pergi ladang berpanas, main pasir main tanah. Tu tak termasuk dengan mulut mulut jiran tetangga dan bekas bekas cikgu yang memandang sinis sebab kau masuk universiti belajar pertanian
Macam la belajar pertanian kat universiti tu satu jenayah besar kat Malaysia.

Pertanian tu pun ilmu.
Pertanian ubah hidup aku, aku tak tau la mungkin aku je kot rasa benda ni tapi makin aku belajar pertanian makin aku rasa Ya Allah kerdilnya aku ni, luasnya ilmu sebab pertanian tu bukan sahaja menanam pokok ye pakcik dan makcik.

Come on guys sekarang zaman millenium bus pun dah tahap amfibia boleh masuk dalam air
Jangan limitkan otak pemikiran tentang pertanian.

Bertani bermula dengan sebijik benih. (pernah pikir ape jadi kalau benih pokok tak ada?)
Cerita dia simple cam ni jelah ye
Sebijik benih boleh hasilkan sebatang pokok, tak kiralah pokok ape pun yang ditanamkan sayur ke sawit ke pokok pandan sekalipun .

Pengakhirannya nanti, kalau pokok tu tak jadi sumber makanan untuk perut manusia pun ,sebatang pokok boleh buat photosynthesis bagi manusia oksigen paling teruk pun sebatang pokok boleh melindungi manusia dari terik matahar dan menceriakan alam sekitar.
 Nampak tak pentingnya peranan pokok?

Trust me pertanian bukan sekadar tanam pokok
Pertanian belajar cara hasilkan biji benih yang bagus, cara cepatkan pokok membesar, cara cukupkan bekalan makanan untuk rakyat Malaysia, cara jaga ekosistem dan macam macam lagi.

Kalau kau rasa dah cukup hebat dengan kereta besar duit banyak tapi tanpa pertanian kau miskin jugak sebab  dah tak bertani hang nak makan apa lembu, kambing? Ok, makan la lembu kambing tu hari hari abestu lembu, kambing, ayam tu nak bagi makan apa pulak? KFC?

Ingat makanan manusia je mahal? Dedak ayam, rumput kambing dan lembu pun mahal tau
Korang sedap mkn KFC ingat ayam tu tak muak makan dedak hari hari?Ayam dengan Lembu nak jugak rasa makan soya, penat la mulut hari hari kunyah rumput

Nampak tak akarnya adalah pertanian.
Jadi kami ni pelajar pertanian belajar semua tu
Kami belajar cara untuk hasilkan biji benih yang berkualiti, kalau biji benih berkualiti maka pokoknya akan tumbuh sihat. Takdelah makcik bising sayur kat pasar kecut la bantut la tak rangup la.

Tanggungjawab kami untuk belajar buat tissue culture supaya pokok pokok yang payah nak hidup tu cepat sikit tumbuh guna tissue culture.
Kami budak budak pertanian ni lah yang kena fikir macam mana nak bagi cukupkan padi, banyakkan buah sawit supaya nanti bendang pakcik sawit makcik yang bepuluh ekar tu boleh cukup untuk semua rakyat dan haiwan ternakan di Malaysia.


Bila belajar pertanian automatically akan rasa sayang dengan alam sekitar.
Rasa makin kagum dengan ciptaan Allah.

Please don't limit yourself, pertanian tu luas
Belajar untuk ilmu bukan untuk rasa glamour dan bangga dengan ilmu yang ada.
Pertanian tu pun ilmu jugak

aku

First of all terima kasih untuk mama sebab hantar masuk belajar course pertanian

Masa sekolah, tingkatan 1-3 cita cita nak jadi Engineer Petronas nak kerja kat Khartoum Sudan. (padahal time tu tak taw pun Sudan tu kat mana)
Sebabkan pemalas belajar PMR kecundang ke gaung mama pindahkan sekolah, keluar asrama tinggal kat rumah.
Form 4-5 cita cita berubah sebab belajar accounting kan, time tu dalam mindset aku abes SPM nak sambung accounting tak pun nak jadi lawyer je (thanks awk sebab pengaruh saya jadi peguam). Memang tak pernah terlintas ataupun melintas dalam otak ni kat universiti nanti nak ambik Pertanian

Keputusan SPM aku alhamdulillah ok, pastu kerajaan hantar surat sebab aku antara insan bertuah terpilih untuk join program PLKN. PLKN yang aku rasa more kepada program kurus untuk aku sebab aktiviti lasak yang sangat awesome

Masa kat PLKN cek keputusan UPU, dapat offer UITM (Analisis Saham) time tu rasa syukur sangat sebab ade kaitan dengan accounting jugak. Tiba-tiba mama cakap belajar pertanian la, ok aku besarkan sikit font Pertanian okay. Belajar tanam sayur macam orang tua tua.


Aku mula dengan Diploma Agribusiness dekat KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG
nah link http://www.kpmb.edu.my/. (sila explore for more information). Awalnya memang berperang dengan diri sendiri sebab penat penat belajar kat sekolah tetiba belajar pertanian.

Lelama aku hadam sendiri situasi tu, time Diploma bukan belajar pertanian tanam pokok je, adelah jugak belajar landscaping. Landscaping ni aku belajar lukis pelan, design pelan, landscape construction, landscape maintenance.
Kalau tanaman, belajar tanam sayur antara sayur yang aku pernah tanam timun, kacang panjang, terung, nenas dan banyak lagi.

Selain bertanam aku ada belajar propagation jugak, aku belajar cantum pokok buat budding la, belajar pest la macam lepidoptera. Dah belajar tanam pokok harus la tau penyakit pokok antara penyakit pokok yanng aku pernah belajar contohnya pink disease dan fusarium.

Sebenarnya banyak lagi benda aku belajar time diploma, sepanjang diploma banyak pengalaman aku dapat. Aku merasa la jugak berangan jadi arkitek landscape, kerja buruh simen batu bata, jual sayur, merasa la makan nasik kosong lauk tomyam hasil jual tembikai yang aku tanam.

Aku bermula dari bawah sebab aku memang zero pasal pertanian.
Masukla KPM Beranang untuk belajar pertanian banyak kelebihan
1. Yuran free
2. Asrama free
3. Setiap bulan dapat elaun
Atau mungkin berpeluang dapat biasiswa sambung belajar pegi overseas macam kawan kawan aku yang lain. Mana nak tau kan rezeki masing masingkan, aku memang tak la nak dapat g UK lepas Diploma sebab aku budak nakal yang banyak main dan pemalas

Thanks for reading

Tuesday, January 14, 2014

Amali 1

assalamualaikum

Semester 3 aku dah pun bermula, maka aku kenalah menghadapi kapayahan untuk satu subject ni.
Kepayahan dia bukan la sebab aku perlu tekan calculator mengira sampai pening kepala, kepayahan dia adalah aku perlu pergi ladang setiap pagi Jumaat yang mulia. Aku kena ada kat ladang sebelum pukul 6. Bercinta betul nak bangun, tapi aku suka subjek ni sebab dia takda final maka sangat bersyukurlah di situ. Aku hanya perlu tulis report tentang aktiviti yang aku buat untuk setiap kali amali dan hantar ke penyarah.

Sabarlah ye hati, bukan senang nak habiskan degree. Maka aku bertekad cemerlang nak bangun pagi untuk amali pertama aku. Dari asrama nak ke ladang punyalah jauh, dengan sejuknya lagi.

Untuk amali pertama, paling aku tak sangka bila aku diajar cara asah parang. aku ulang balik eh ASAH PARANG. Simple kn? bagi aku benda tu simple dan bagi orang lain ini mungkin pertama kali dia belajar cara asah parang atau paling awesome ni pertama kali dia pegang parang dalam hidup dia? 

Mula-mula pembantu ladang buat demonstrasi cara-cara mengasah parang. Segala ciri-ciri keselamatan diutamakan ye sebab berdasarkan pengalaman setahun aku belajar, ada kawan aku yang berjahit jarinya sebab terTEBAS jari sendiri.

Mula-mula kita kena cuci parang kita sikit dengan air paip, tak perlu guna limau bagai tu dah lain dah tu. Lepas tu kita asah pada permukaan batu asah, sehala je arah asahannya, tak perlu arahkan parang kita kedepan dan kebelakang macam drama selalu buat tu kan. Cara tu kurang betul sebenarnya, cara tu boleh merosakkan mata parang kita.

Parang perlu diasah dengan satu arah. Kedudukan parang perlulah 45 darjah dari batu asah. Jangan tegak sangat smpai 90 darjah nanti patah mata parang kita tu. Asah dengan penuh semangat waja. Lakukan dalam 20 kali, sampai mata parang kita jadi tajam.

Masa amali ni, setiap kumpulan diberi masa sejam untuk asah parang. Lepas dah asah tu, jangan ingat boleh balik asrama tidur, kami pun dibawa ke kawasan kelapa sawit yang penuh semak berduri. Maka tebaslah semak dan rumput menggunakan parang yang diasah tadi. Kalau semak tak tertebas, sila asah parang lagi ye. Maknanya parang tu tak cukup tajam.

Penat memang penat, dengan cuaca panas, matahari pagi pukul 8 yang memancar tepat ke kepala berpeluh-peluh. Matahari pagi pukul 8 kat Sabah macam pukul 10 kat semenanjung, so bayangkanlah kepanasan bila berladang kan. Amali ni 3 jam ye, pukul 9 baru boleh balik.

So sampai sini je kisah parang dan aku. Nanti kita sambung ye

Generasi baru

 assalamualaikum.

setelah sekian lama tak update blog agro ni, maka harini aku benekad nak mula menulis balik.
blog ni akan melalui fasa generasi baru, generasi baru ni macam peringkat penceritaan aku di tahap Degree di begeri orang nun jauh terpisah dek laut cina selatan.

Nanti aku akan share cerita tentang pengalaman aku dengan dunia pertanian.
So sampai sini dulu bye =)

Tuesday, July 17, 2012

MAGIC BEAN =)

Pernah dengar tentang 'Magic Bean' ??? Ia adalah sejenis kacang yang luar biasa dan tidak sama dengan kacang-kacang yang lain.

Apa yang ajaib sangat dengan kacang ini??? kalau nak tahu sila teruskan pembacaan sampailah habis.


Ini adalah gambar bekas  magic bean  

Bekas dia hanyalah sebiji tin minuman, sama je macam tin aluminium air Coke dan Mirinda yang jual-jual kat kedai. Cuma bezanya tin untuk magic bean ini atas dan bawahnya boleh dibuka. Atas dan bawah tin ini perlulah dibuka supaya biji benih mempunyai ruang yang luas untuk bercambah. Pada bahagian bawahnya pula perlu dibuka untuk memberi ruang pada pengaliran air selepas disiram. Ini penting bagi mengelakkan air bertakung seterusnya akan menyebabkan akar menjadi busuk dan merosakkan pertumbuhan pokok.

jeng jeng jeng!!!.....hasil setelah beberapa minggu
ada simbol love pada daunnya..
ini gambar masa pokok mula-mula nak mengeluarkan daun...
tulisan pada daun tu sebenarnya adalah 'i love you'  tapi tak berapa jelas.

Itulah yang magic tentang pokok kacang ini. Daunnya mempunyai mesej tersendiri, berbezakan dari pokok-pokok kacang yang lain?. Daun yang keluar di peringkat awal sahaja yang mempunyai tulisan, daun-daun yang keluar selepas itu tiada tulisan dah.
Akhiranya pokok ini akan tumbuh subur dan akan menjalar seperti pokok-pokok kacang yang lain.
Ini adalah gambar pokok 'magic bean' saya yang terkini.
Menjalar-jalar di almari kat office.
Setakat ini magic bean tidak lagi mengeluarkan buah. Nanti kalau-kalau ada berbuah saya akan update =)




Wednesday, July 4, 2012

Projek Terbaru

Projek terbaru ini sebenarnya sudah lama dirancang cuma lambat sikit nk terlaksana.
Projek ini tidak lah menelan kos sampai beribu ringgit, beratus ringgit pun tidak sampai. Hanya bermodalkan tidak lebih daripada RM50. Ianya lebih kepada aktiviti untuk mengisi masa lapang selain perasaan yang sangat suka untuk mencuba sesuatu yang baru.

Projek ini dilaksanakan di dalam office je.. percayalah dalam office je..saya telah menanam strawberry dan lavender di dalam office. 

Projek pertama- Lavender


Nampakkan label lavender? Itulah bekas yang digunakan untuk menanam lavender. Sebenarnya saya hanya membeli set tanaman kat kedai yang telah siap medium tanaman dan biji benih di dalamnya. Hanya perlu buka penutup bekas, siram medium tanaman dengan air supaya ada kelembapan dan letakkan biji benih. Sangat mudah. Amaran ! Jangan tanam biji benih terlalu dalam kerana ia akan menyukarkan biji benih tersebut untuk bercambah.

Setelah selesai proses menanam biji benih silalah letakkan bekas tersebut di kawasan yang mendapat cahaya matahari supaya biji benih itu boleh bercambah dengan jayanya. Oleh kerana lavender perlu suhu yang rendah, maka saya dah setkan suhu office pada 25 c. 

Setelah seminggu inilah hasilnya...

Inilah rupa biji benih lavender yang telah berjaya bercambah =) 
Setelah dua minggu ditanam.

Itulah gambar terkini keadaan lavender yang ditanam di office. Baru 2 minggu projek ini terlaksana. Semoga projek ini akan berjaya dan pokok-pokok ini akan tumbuh subur dan menghasilkan bunga-bunga lavender. Sangat tidak sabar tunggu office akan berbau lavender. =)