Nutrisi Tanaman
New post new post....
Beberapa hari lepas dah cerita tentang produk agro kan??? So malam ini nak share input tentang nutrient
yang biasa pokok perlukan dan juga jenis-jenis nutrient.
Dari peringkat awal proses penanaman, proses percambahan, pokok menghasilkan buah, buah matang dan masak..semua ini memerlukan nutrient yang cukup bagi memastikan pokok sentiasa sihat,subur,menghasilkan produk yang berkualiti dan tidak mudah diserang penyakit.
Setiap nutrient ini ada fungsi yang tersendiri. Kurangnya sesuatu jenis nutrient pada pokok boleh menyebabkan kekuningan pada daun, tumbesaran terbantut, hujung daunnya bergulung dan macam-macam lagi lah masalah yang akan timbul.
Kalau terlebih bagi nutrient akan memberi kesan buruk pada pokok. Sama juga macam tubuh badan manusia, jika kita kurang makan badan akan menjadi lemah, kurang daya tahan terhadap penyakit, gastrik dan kalau terlebih makan pula kita mungkin akan mengidap darah tinggi, masalah kegemukkan dan macam-macam lagi. Kesimpulannya setiap apa yang kita lakukan atau makan mestilah bersesuaian dengan kadar diri kita.
So, plant nutrient terbahagi kepada MINERAL dan BUKAN MINERAL. Nutrient BUKAN MINERAL boleh dijumpai di udara seperti hidrogen. Manakala nutrient jenis mineral pula boleh diserap oleh tanah.
Nutrient jenis mineral terbahagi kepada dua iaitu MACRO dan MICRO.
Macro adalah mineral yang diperlukan oleh pokok dengan kuantiti yang banyak manakala micro adalah mineral yang diperlukan dengan kuantiti yang sedikit. Kekurangan mineral macro akan memberi kesan yang ketara pada pokok.
Sekarang kita fokus kepada macro mineral dulu. Dalam macro terbahagi kepada 2 iaitu Primary dan Secondary
PRIMARY: -diberi pada pokok dengan kadar yang banyak.
-cth: N,P,K
SECONDARY: -diberi pada pokok dengan kadar yang sedikit.
-cth: Sulfur.
Now pada malam ini kita akan belajar tentang jenis macro nutrient,fungsi dan masalah akibat kekurangan nutrient macro ini.
Nitrogen (N)
Fungsi: untuk pertumbuhan vegetatif, untutk tumbesaran pokok.
Masalah: Pokok akan terbantut, kekuningan, chlorosis.
Phosphorus (P)
Fungsi: Menggalakkan tumbesaran akar, mempercepatkan tahap kematangan, menggalakkkan pertumbuhan biji benih.
Masalah: Daun akan berwarnah kemerahan-purple, hasil komoditi akan berkurang, pra-matang pada komoditi.
Pottasium (K)
Fungsi: Meningkatkan rasa dan warna komoditi, pertumbuhan pokok dan buah.
Masalah: Kadar kemtangan komoditi tidak sekata, cracking pada bahagian kulit batang pokok.
Kalsium (Ca)
Fungsi: Mengaktifkan enzim, penting untuk pembentukan dinding cell.
Masalah: Buah tomato membusuk, hujung daun salad seperti terbakar (tip burn).
Magnesium (Mg)
Fungsi: Digunakan untuk pembentukan buah dan kacang, penting untuk percambahan biji benih.
Masalah: Daun yang tua akan menjadi kuning terutama pada bahagian urat daun.
Sulfur (S)
Fungsi: Memberi rasa pada sayuran, menghasilkan klorofill pada daun.
Masalah: Sama seperti magnesium tetapi bagi sulfur ia menyerang daun yang muda
No comments:
Post a Comment