Sunday, May 22, 2011

What is HORTICULTURE???

1. HORTICULTURE???

  • Perkataan 'HORTICULTURE' berasal dari bahasa Latin
HORTUS + CULTURA
Garden + Cultivation
=
Cultivate A Garden.
  • Horticulture adalah ilmu bagaimana memproses tanaman di dalam taman


2. Ciri-ciri horticulture
  • Mengeluarkan tanaman
  • Menggunakan kawasan yang kecil
  • Input yang tinggi (air,baja)
  • Ditanam di kawasan bertutup (rainshelter)
3. Pembahagian horticulture
  • Floriculture- ilmu tentang bunga-bungaan
  • Pomology- ilmu tentang buah-buahan dan kekacang
  • Olericulture- ilmu tentang sayur-sayuran
  • Landscaping- ilmu tentang penyebaran, pertumbuhan, memasang, memelihara dan menggunakan tumbuhan di dalam landscape.

4. Kepentingan horticulture
  • Sumber makanan
  • Sumber oksigen
  • Mencantikkan kawasan.
  • Sumber terapi
  • Sumber ubat-ubatan
  • Mengelakkan tanah runtuh 

Saturday, May 21, 2011

teknik pembukaan kebun

Pembukaan ladang memerlukan sejumlah modal yang besar dan ia akan digunakan untuk jangka masa yang panjang. Untuk pokok yang jang hayatnya secara perennial maka ia memerlukan persekitaran yang sesuai bagi memastikan ia dapat hidup dengan subur dan mampu menghasilkan pengelaran yang memenuhi kriteria pasaran. Sebarang kesilapan ataupun kekurangan semasa pengurrusan akan memberi kesan kepada pokok.

1.Jenis Tanah Dan Iklim.
-KEDALAMAN PERMUKAAN TANAH.
ini adalah faktor yang paling penting dalam menentukan kesuburan tanah. Semakin dalam bunga tanah (topsoil) semakin besar pokok itu tumbuh.
- Lapisan bawah tanah juga penting. Apabila lapisan bawah tanah itu keras maka pokok akan tumbuh dengan jayanya untuk tempoh beberapa tahun.
-Kawasan pengakaran mestilah tidak kurang daripada 1.0-1.5 metre dalam berasama sistem pengairan yang bagus .
-Optimum pH untuk tanah adalah 5.5-6.5

2.Lokasi.
-Kawasan penanaman mestilah mendatar dan tidak berlereng ataupun bercerun. Jika penanaman dilakukan di kawasan yang bercerun dan berlereng maka ia akan memberi masalah kepada pertumbuhan pokok dan masalah ketika operasi.
-Cerun jadian sangatlah tidak praktikal kerana ia akan menyebabkan masalah hakisan tanah.
-Operasi seperti pemangkasan dahan, pembersihan rumput dan penuaian sangat sukar untuk dilakukan jika pokok di tanam di kawasan bercerun.
Kawasan penanaman mestilah tidak terlalu terdedah kepada angin kuat kerana ia akan merosakkan pokok.

3.Bekalan air.
-Bekalah air mestilah sentiasa konsisten kerana sesetengah pokok seperti tembikai dan betik memerlukan air yang banyak.
-Kadang kala sistem pengairan mestilah dirancang dengan sempurna bagi memastikan pokok-pokok tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi.

4.Nutrien dan Baja.
- Tanah yang terdapat di iklim tropikal kebiasaanya mengalami masalah kekurangan Nitrogen, Phosphorus, Pottasium, Magnesium dan Kalsium.
- Ketika fasa pembentukan buah pokok memerlukan banyak nutrient .
-Baja organic hendaklah diberi kepada pokok bagi meningkatkan keadaan fizikal tanah.
-Jumlah pemberian baja bergantung kepada umur pokok, quality buah dan jenis tanah.

5. Sistem Penanaman 
- RECTANGULAR OR SQUARE-

  • Sistem penanaman yang seringkali digunakan .
  • Sistem yang senang untuk dilaksanakan 
  • Keistimewaannya pokok sampingan yang jangka masa hayatnya pendek bolehlah ditanam antara pokok-pokok lain.
-SEGITIGA-
  • Pokok ditanam di setiap penjuru segitiga.
  • Sistem ini digunakan sepenuhnya pada keadaan tanah yang subur dan nilainya sangat mahal.
  • Kebiasaannya pengusaha ladang jarang sekali memilih sistem ini kerana ianya sukar untuk dilaksanakan.
-DIAGONAL-
  • Jumlah pokok yang ditanam meingkat kerana sistem ini berbentuk petak dan ditengah-tengahnya masih boleh ditanam dengan pokok.
  • Pokok ditengah-tengahnya mestilah ditanam untuk tempoh masa yang singkat sahaja.
-CONTOUR OR PLANTING IN TERRACE-
  • Kebiasaanya ditanam di kawasan yang bergelombang
  • Sistem ini dapat mengurangkan hakisan tanah.
  • Ianya sering di gunakan di kawasan tanah tinggi.
Kesimpulannya sebelum melakukan proses pembukaan tanah dan memulakan penanaman buatlah pilihan yang tepat agar segala kos dapat diminimumkn dan tanaman dapat hidup subur dengan tanpa sebarang masalah

    Wednesday, May 18, 2011

    PENEROKAAN BUAH-BUAHAN

    Hari ini kita nak bercerita tetang buah buahan. Pentingnya kita makan buah buahan ini adalah untuk memastikan badan kita sihat kerana didalamnya terdapat pelbagai jenis vitamin yang dapat membantu menyihatkan badan, mengurangkan berat badan, mengawal tubuh badan dari terkena penyakit dan pelbagai lagi.

    Kita mulakan dengan buah:

    ****************************************************************************
    TEMBIKAI (WATERMELON)







     Buah tembikai nama saintifiknya ialah Citrullus lunatus. Buah tembikai mengandungi kandungan air yang tinggi dan buah ini tidak mengandungi sebarang jenis lemak (fat free). Maka ia sangat sesuai sebagai makanan diet anda kerana buah tembikai ini tinggi dengan kandungan fibre. Selain itu ianya juga kaya dengan kandungan tenaga dan mampu memberi tenaga dengan pantas (energy booster). Buah tembikai mampu menghilangkan rasa dahaga dan boleh diproses menjadi pelbagai jenis produk lain seperti jus, jem dan buah-buahan kering.



    **************************************************************************** 
    BUAH NAGA (DRAGON FRUIT)

     


    Untuk buah naga ini pula nama saintifiknya adalah Hylocereus undatus ataupun dikenali sebagai pitaya. Buah ini bebentuk lonjong, berwarna merah dan mempunyai sisik yang agak menonjol. Isinya terdapat dua warna putih dan pink bercampur sedikit purple dan ianya terdapat biji benih yang berwarna hitam.. Buah ini adalah sumber paling elok untuk mendapatkan vitamin C. Buah ini sedap dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais. Selain dimakan begitu sahaja buah ini turut diproses
    untuk dijadikan kordial minuman.


    ***********************************************************************************
    Buah Jambu (Guava)




     

     Buah jambu atau nama saintifiknya Psidium guajava. Buah yang bersaiz seperti bola baseball ini mempunyai kulit yang berwarna hijau. Menghasilkan aroma yanng manis. Isinya yang berwarna putih dan rangup. Buah ini boleh dimakan fresh ataupun disejukkan dahulu. Isinya yang manis digunakan untuk membuat minuman, digunakan di dalam salad, pencuci mulut, gula-gula dan  jem.



    ****************************************************************************
    Buah Mangga ( Mango)


    Buah ini berasal dari negara India. Nama saintifiknya ialah Mangifera indica. Mangga adalah buah tropikal yang paling popular dan mendapat permintaan yang tinggi diserata dunia. Buah ini terdapat pelbagai jenis berbeza mengikut bentuk, saiz, texture, aroma dan rasanya. Antara jenis buah mangga yang terkenal adalah Chok Anan, Mas Itam, Arum Manis dan banyak lagi. Buah mangga ini sering kali digunakan untuk membuat kordial minuman, jeruk, dikeringkan dan digunakan sebagai bahan dalam makanan seperti untuk membuat kerabu mangga.





    ****************************************************************************
    Buah Nangka ( Jackfruit)

     

    Nama saintifik bagi buah nangka ialah Artocarpus heterophullus. Buah ini adalah antara buah-buahan tempatan yang popular dan seringkali digunakan sebagai pencuci mulut. Buahnya mampu mencapau berat sehingga 15kg. Purata saiz buah ini adalah  30-60 cm panjang. Kulitnya berwarna kuning dan mempunyai duri-duri yang kecil tetapi tidak tajam. Setiap buahnya mempunyai biji yang berwarna putih yang boleh direbus dan dipanggang.




    ****************************************************************************
    Buah Betik ( Papaya)
     

    Buah betik antara buah yang tempatan yang popular di Malaysia dan nilay eksportnya juga agak tinggi. Sesetengah jenis buah betik akan bertukar warna kuning setelah masak dan sesetengahnya pula kekal berwarna hijau walaupun ianya telah masak. Betik mempunyai aroma yang menarik dan harum. Isinya berwarna oren gelap dan bahagian tengahnya mempunyao banyak biji-biji kecik yang berwarna hitam.
    Buahnya juga terdapat pelbagai jenis dan berbeza-beza mengikut jenisnya. Ada yang berbentuk lonjong dan ada yang berbentuk bulat. Buah ini enak jika dimakan begitu sahaja. Buah betik ini sering kali diproses untuk dibuat salad, jeruk dan perasa di dalam kordial