Thursday, April 7, 2011

Ladang Cameron Highlands




Tomato


Hye... gambar-gambar kat bawah ini adelah antara gambar-gambar yang berjaya di ambil ketika lawatan kolej ke Cameron Highland baru-baru ini. Hari ini melalui gambar-gambar ini saya akan share macam mane proses memproses buah tomato yang baru dipetik fresh dari ladang. Lokasi gambar ini di ambil kat Ladang K. C. Kuang. Salah satu ladang yang terbesar di Cameron Highland. Menurut pengurus ladang tersebut, tomato yang ditanam di ladang ini kebanyakannya akan di eksport ke Dubai. Di Dubai,tomato mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan negara kita adalah antara pengeksport utama tomato ke Dubai. 




Step 1: Gambar diatas adalah proses mengumpul buah tomato setelah dipetik dari ladang.



Step 2: Ini adalah proses mencuci buah tomato menggunakan mesin berteknologi tinggi. Tujuan buah tomato ini dibasuh adalah untuk membuang sebarang kekotoran yang terdapat pada permukaan buah tomato.
Kekotoran seperti tanah, daun-daun kering yang mungkin akan merosakkan buah tomato


Step 3: Proses mengasingkan buah tomato yang rosak dan yang berkualiti. Buah tomato yang rosak akan jatuh ke bawah mesin dan akan dikutip oleh pekerja-pekerja yang terdapat di sini.


Step 4: Nampak je kipas besar mestilah tau kan proses yang berlaku kat sini adelah proses pengeringan buah tomato. Tujuan proses pengeringan ini dijalankan adalah untuk membuang kelembapan yang terdapat pada buah tomato ketika proses mancuci tadi. 
Ini penting bagi memastikan tiada kelembapan pada buah tomato. Jika terdapat kelemapan maka buah tomato akan mengalami kerosakan.


Step 5: Proses menggerakkan buah tomato dari tempat pengeringan ke bahagian penggredan.


Step 6: Ini adalah keadaan di mana buah-buah tomato telah pun digredkan secara berkomputer. Proses menggred buah tomato dilakukan berdasarkan warna mengikut indeks warna buah dan saiz buah tomato, Terdapat saiz S, M, L,dan XL. 


Step 7: Pekerja mengutip buah tomato untuk dimasukkan ke dalam kotak dan ditimbang. Kalau dilihat dekat tempat buah tomato tu ade label yang berwarna pink. Ok label pink tu bertujuan untuk menunjukkan size buah yang dikumpulkan di situ


Step 8: Ini adala rupa buah tomato yang telah siap dimasukkan ke dalam kotak dan telah sedia untuk dieksport.


Step 9: Gambar ini diambil di dalam bilik beku yang terdapat disitu. Fungsi bilik beku ini adalh unutk menyimpan buah tomato ataupun sayur-sayuran lain sebelum di pasarkan ke dalam ataupun luar negara. Ok bagi buah tomato kadar suhu yang sesuai penyimpanannya adalah 2 darjah celcius.
Proses penyimpanan mestilah mengikut suhu yang betul bagi mengelakkan sebarang komoditi itu mengalami kerosakan. Bila komoditi di simpan di tempat yang sejuk maka bakteria atau pun fungus akan menjadi lemah dari melakukan sebarang aktiviti. Maka buah tomato tidak akan mengalami kerosakkan




Step 10: Ini adalah antara pengangkutan yang terdapat di sini. Kenderaan yang dalam gambar ini hanya untuk jarak yang dekat sahaja..

So harap dapat la sedikit ilmu baru lepas baca post ni. Next saya akan share tenteng lawatan saya ke FAMA FROZEN COMPLEX

No comments:

Post a Comment