Wednesday, April 27, 2011

COOLING METHOD

Kaedah Penyejukan

Salam...
so untuk hari ini, kite sama2 akan belajar tentang cooling method atau pun cara-cara penyejukkan.
Terdapat 5 jenis cooling method yang sering diguna pakai dalam proses perindustrian dan terdapat beberapa jenis cooling method yang sering dipraktikkan di Malaysia. Sebelum kita belajar tentang cooling method jum kita  fikir apa kepentingan cooling method ini dalam bidang perindustrian.

KEPENTINGAN COOLING METHOD.
1. Mengelakkan produk dari layu dan rosak.
2. Mengurangkan kadar keaktifan perosak.
3. Mengekalkan kualiti produk.

Sekarang ini jum kita kenal pasti kaedah-kaedah penyejukkan.

1. ROOM COOLING.
Bilik sejuk

Penggunaannya sangat meluas. Ok cara penggunaan room cooling ini sangat senang. Anda hanya perlu menyimpan bekas-bekas yang berisi komoditi ke dalam bilik ini. Kita ambil contoh buah tomato. Tidak semestinya lepas di cuci, di gredkan dan di peketkan buah tomato ini akan terus dieksport atau di hantar ke mana2 destinasi kn???. So sebelum ianya di hantar buah-buah tomato ini perlulah disimpan di dalam room cooling untuk memastikan ia terus segar dan dapat menjamin kualiti buah tomato tersebut.

Bekas-bekas penyimpanan yang berisi tomato ini akan dimasukkan ke dalam room cooling. Dalam room cooling ini pula akan dibekalkan dengan udara sejuk yang dihasilkan melalui evaporator. Udara sejuk ini akan bergerak melewati buah-buah tomato ini dan sekaligus menyejukkan komoditi tersebut.

Kelebihan menggunakan room cooling adalah tempat komoditi disejukkan dan di simpan adalah sama di dalam satu bilik dan tidak perlu untuk dipindahkan. Ia dapat menjimatkan kos kepada para peniaga. Sebagai contoh di Cameron Highland terdapatnya pusat sejuk beku FAMA. Di tempat ini terdapat lebih dari 2 bilik sejuk beku untuk digunaka oleh para petani-petani di sana. Kos untuk membeli room cooling ini sangat mahal. Pihak FAMA memberi perkhidmatan kepada para ptani untuk menyewa bilik sejuk beku ini dengan kadar harga yang berpatutan.

 Namun room cooling ini mempunyai sedikit kekurangan. Antara kekurangannya adalah:
1. Kadar penyejukkannya adalah lambat/kurang untuk komoditi yang banyak.
2.Memerlukan ruang lantai yang kosong antara tempat meletakkan bekas-bekas penyimpan. Bekas-bekas penyimpan tidak akan diletakkan terus ke atas lantai. Ini kerana akan mengganggu pengaliran udara sejuk untuk sampai ke segenap komoditi. Jika udara sejuk ini todak sampai ke serata komoditi maka sebahagian dari komoditi ini akan rosak. Jika berlaku kerosakan maka akan terjadinya kadar kehilangan air yang banyak dalam komiditi .


ini adalah keadaan bekas-bekas penyimpan disusun di dalam room cooling. Bekas-bekas penyimpan tidak diletakkan terus di atas lantai.

Anak panah menunjukkan ruang ruang unutk  udara sejuk lalu melewati bekas-bekas penyimpan. Bekas-bekas penyimpan mestilah berlubang dan tidak bertutup bagi memastikan seluruh komoditi menerima udara sejuk.


Mari kita lihat gambar-gambar hasil dari lawatan ke Cameron Highlands.

Cooling Room di Ladang K.C. Huang

Cooling Room di Kompleks Sejuk Beku Cameron Highland


Pemandangan di dalam Cooling Room

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi di sini tentang bagaimana Tuan Pedro memberi saya pinjaman sebesar £820.000,00 untuk memperluas bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%. Saya sangat bersyukur dan saya pikir saya harus membagikannya di sini. Berikut alamat emailnya: pedroloanss@gmail.com / WhatsApp +393510140339 jika ada di sini yang mencari suku bunga pinjaman yang terjangkau.

    ReplyDelete