Hari ini kita nak bercerita tetang buah buahan. Pentingnya kita makan buah buahan ini adalah untuk memastikan badan kita sihat kerana didalamnya terdapat pelbagai jenis vitamin yang dapat membantu menyihatkan badan, mengurangkan berat badan, mengawal tubuh badan dari terkena penyakit dan pelbagai lagi.
Kita mulakan dengan buah:
****************************************************************************
TEMBIKAI (WATERMELON)
Buah tembikai nama saintifiknya ialah
Citrullus lunatus. Buah tembikai mengandungi kandungan air yang tinggi dan buah ini tidak mengandungi sebarang jenis lemak
(fat free). Maka ia sangat sesuai sebagai makanan diet anda kerana buah tembikai ini tinggi dengan kandungan fibre. Selain itu ianya juga kaya dengan kandungan tenaga dan mampu memberi tenaga dengan pantas
(energy booster). Buah tembikai mampu menghilangkan rasa dahaga dan boleh diproses menjadi pelbagai jenis produk lain seperti jus, jem dan buah-buahan kering.
****************************************************************************
BUAH NAGA (DRAGON FRUIT)
Untuk buah naga ini pula nama saintifiknya adalah
Hylocereus undatus ataupun dikenali sebagai pitaya. Buah ini bebentuk lonjong, berwarna merah dan mempunyai sisik yang agak menonjol. Isinya terdapat dua warna putih dan pink bercampur sedikit purple dan ianya terdapat biji benih yang berwarna hitam.. Buah ini adalah sumber paling elok untuk mendapatkan vitamin C. Buah ini sedap dimakan setelah disejukkan di dalam peti ais. Selain dimakan begitu sahaja buah ini turut diproses
untuk dijadikan kordial minuman.
***********************************************************************************
Buah Jambu (Guava)
Buah jambu atau nama saintifiknya Psidium guajava. Buah yang bersaiz seperti bola baseball ini mempunyai kulit yang berwarna hijau. Menghasilkan aroma yanng manis. Isinya yang berwarna putih dan rangup. Buah ini boleh dimakan fresh ataupun disejukkan dahulu. Isinya yang manis digunakan untuk membuat minuman, digunakan di dalam salad, pencuci mulut, gula-gula dan jem.
****************************************************************************
Buah Mangga ( Mango)

Buah ini berasal dari negara India. Nama saintifiknya ialah
Mangifera indica. Mangga adalah buah tropikal yang paling popular dan mendapat permintaan yang tinggi diserata dunia. Buah ini terdapat pelbagai jenis berbeza mengikut bentuk, saiz, texture, aroma dan rasanya. Antara jenis buah mangga yang terkenal adalah Chok Anan, Mas Itam, Arum Manis dan banyak lagi. Buah mangga ini sering kali digunakan untuk membuat kordial minuman, jeruk, dikeringkan dan digunakan sebagai bahan dalam makanan seperti untuk membuat kerabu mangga.
****************************************************************************
Buah Nangka ( Jackfruit)
Nama saintifik bagi buah nangka ialah A
rtocarpus heterophullus. Buah ini adalah antara buah-buahan tempatan yang popular dan seringkali digunakan sebagai pencuci mulut. Buahnya mampu mencapau berat sehingga 15kg. Purata saiz buah ini adalah 30-60 cm panjang. Kulitnya berwarna kuning dan mempunyai duri-duri yang kecil tetapi tidak tajam. Setiap buahnya mempunyai biji yang berwarna putih yang boleh direbus dan dipanggang.
****************************************************************************
Buah Betik ( Papaya)
Buah betik antara buah yang tempatan yang popular di Malaysia dan nilay eksportnya juga agak tinggi. Sesetengah jenis buah betik akan bertukar warna kuning setelah masak dan sesetengahnya pula kekal berwarna hijau walaupun ianya telah masak. Betik mempunyai aroma yang menarik dan harum. Isinya berwarna oren gelap dan bahagian tengahnya mempunyao banyak biji-biji kecik yang berwarna hitam.
Buahnya juga terdapat pelbagai jenis dan berbeza-beza mengikut jenisnya. Ada yang berbentuk lonjong dan ada yang berbentuk bulat. Buah ini enak jika dimakan begitu sahaja. Buah betik ini sering kali diproses untuk dibuat salad, jeruk dan perasa di dalam kordial