Projek ini tidak lah menelan kos sampai beribu ringgit, beratus ringgit pun tidak sampai. Hanya bermodalkan tidak lebih daripada RM50. Ianya lebih kepada aktiviti untuk mengisi masa lapang selain perasaan yang sangat suka untuk mencuba sesuatu yang baru.
Projek ini dilaksanakan di dalam office je.. percayalah dalam office je..saya telah menanam strawberry dan lavender di dalam office.
Projek pertama- Lavender
Nampakkan label lavender? Itulah bekas yang digunakan untuk menanam lavender. Sebenarnya saya hanya membeli set tanaman kat kedai yang telah siap medium tanaman dan biji benih di dalamnya. Hanya perlu buka penutup bekas, siram medium tanaman dengan air supaya ada kelembapan dan letakkan biji benih. Sangat mudah. Amaran ! Jangan tanam biji benih terlalu dalam kerana ia akan menyukarkan biji benih tersebut untuk bercambah.
Setelah selesai proses menanam biji benih silalah letakkan bekas tersebut di kawasan yang mendapat cahaya matahari supaya biji benih itu boleh bercambah dengan jayanya. Oleh kerana lavender perlu suhu yang rendah, maka saya dah setkan suhu office pada 25 c.
Setelah seminggu inilah hasilnya...
Inilah rupa biji benih lavender yang telah berjaya bercambah =)
Setelah dua minggu ditanam.
Itulah gambar terkini keadaan lavender yang ditanam di office. Baru 2 minggu projek ini terlaksana. Semoga projek ini akan berjaya dan pokok-pokok ini akan tumbuh subur dan menghasilkan bunga-bunga lavender. Sangat tidak sabar tunggu office akan berbau lavender. =)
No comments:
Post a Comment