Sunday, March 18, 2012

update!!

Industrial training settle sudah.
So, ini salah satu aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh practical

Aktiviti: Menternak Burung Puyoh
Keluasan kawasan ternakan tidak lah begitu besar, hanyalah dalam sebuah bangsal
tapi setakat ini pemintaan dari pasaran melebihi tahap kemampuan saiz bisnes dan ternakan yang diusahakan oleh pengusaha.
Bisnes ini baru sahaja di jalankan dalam awal tahun 2011 dan sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.
Tugas saya adalah bagi puyoh makan, kutip telur, alihkan anak-anak puyoh yang baru menetas...dan banyak lagi

Disini terdapat dua spesis puyoh. Puyoh ini dah boleh dijual selepas seminggu menetas (tujuan baka), sebulan dan keatas untuk daging ataupun tujuan proses. Perusahaan ini mempunyai dalam 1000 ekor puyoh. Burung puyoh bertelur pada waktu petang dan bila keluar bertelur je, telur itu akan dikutip dan diletakkan di dalam tempat khas untuk tujuan pengeraman.

Sebahagian telur puyoh yang dikutip
Ok bila dikutip telur-telur ini akan diletakkan di dalam tempat khas..
inilah dia tempat khas untuk proses mengeram telur puyoh.
Lampu dipasang: Tujuannya adalah untuk membekalkan haba kepada telur, kipas diletakkan untuk tujuan mendapatkan pengaliran haba yang baik.
Ting!!! setelah beberapa hari. Baby puyoh menetas dari telurnya :)
Apa jadi pada baby puyoh selepas menetas?. Kita akan ambik baby puyoh dan letakkannya di tempat pengasingan. Tujuannya adalah untuk memastikan ianya besar dan sihat .
Setelah bebrapa hari tinggal di tempat pengasingan. Tempoh pengasingan adalah dalam seminggu.
Ini adalah contoh baby puyoh yang tidak sihat. Baby puyoh ini tidak boleh berjalan dengan sempurna.
Burung puyoh dewasa. Setiap satu blok memuatkan dalam 20 ekor puyoh.
Burung puyoh yang cedera akibat bergaduh sesama sendiri.
Mana-mana puyoh yang cedera akan diambil dan diasingkan di dalam sebuah sangkar lain dengan tujuan supaya tidak memberi sebarang jangkitan penyakit kepada puyoh-puyoh sihat.
Ini adalah mesin untuk memproses puyoh setelah disembelih. Nak buang bulu-bulu puyoh. Tapi pekerja kat sini lebih suka cabut bulu puyoh secara manual. Lagi cepat.
Najis puyoh. Setiap sangkar dibawahnya terdapat satu ruang untuk meletakkan plastik hitam. Tujuan plastik ini diletakkan adalah untuk menadah najis puyoh. Plastik ini akan diganti 2 hari sekali.

that's all from me. Thank you :)